Masa ank dara dulu..mmg paling malas nk masuk dapur...yer la..da semua org sediakan...masuk dapur bile nk makan jer...ekeke (buruk bebenor perangai).sekarang nie da jd bini org pn mseh de ckit la malas nk masuk dapur nie..Cuma skrg nie la tiba-tiba cm rajin plak nk masuk dapur (harap-harap sampai bila-bila la cm nie)
Malam minggu yg lepas, my aunty dtg rumah...(mmg da jnji pun nk wat fruits tart selepas saya mengodek-godek resepi yg ade....ekeke). Kami punya la excited nk wat fruits tart nie...sampai xmenyabor nk tunggu sampai pagi...bila encik-encik hubby sibok keluar (nk pegi tengok bola) pukul 1.30pagi..kami pon memulakan operasi...hehe...
3jam beroperasi......akhirnya...siap sudah fruits tart kami!!!!! Nyummmy!!!!
Bahan-bahan:
Bahan-bahan Pastry:
113g Mentega
75g gula halus
1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
250g tepung halus (tepung gandum pun ok)
Bahan-bahan Krim Pastry:
300ml susu segar
3biji kuning telur
50g gula halus
20g tepung gandum*
20g tepung jagung* (*disatukan dan diayak)
1 camca ten esen vanilla
2 camca besar mentega atau marjerin
Bahan-bahan lain:
Coklat cair secukupnya
Buah-buahan segar (ikut kegemaran anda)
Jem Aprikot atau Piping Jelly (kalau suka)
Cara-cara:
Untuk Krim Pastry
Panaskan susu hinggan menjadi suam. Matikan api.
Dalam 1 bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yang telah diayak. Kacau hingga berkrim.
Tuang susu suam sedikit-sedikit sambil terus mengacau hinggau susu habis dituang.
Tenggekkan bekas berisi adunan tadi diatas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin.
Matikan api dan masukkan esen vanilla dan mentega atau marjerin.
Kacau hingga sebati, alihkan ke dalam bekas yang bertutup dan tutup rapat.
Untuk Pastry
Dalam 1 bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur.
Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yang lembut.
Bungkus dengan plastik dan dinginkan dalam peti sejuk (2jam).
Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit da canai mengikut acuan. Perlahan-lahan alih doh ke dalam acuan dan kemaskan. Buat hingga habis, kemudian cucuk-cucuk permukaan kulit tat dengan garfu.
Panaskan oven pada suhu 175C. Bakar selam 10-12minit atau hingga kuning keemasan.
Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan. Sapukan bahagian dalam kulit tat dengan sedikit coklat cair dan paipkan dengan krim pastry tadi. Banyak atau sedikit bergantung pada masing-masing.
Susun buah-buahan segar mengikut kreativiti masing-masing. Boleh juga disapu permukaan buah-buahan tadi dengan jem aprikot atau piping jelly utk nampak kilat.
ok sekian...Selamat mencuba =)
psssttt: Saya bukanlah seorang yang pandai memasak. Tetapi saya suka mencuba. Resepi-resepi yang ditulis adalah sebagai rujukan saya di masa depan.